Month: July 2018

  • Takutnya! Banyak Darah Kotor Kat Jerawat

     

    Sepanjang pengalaman saya bekam masalah jerawat, ada 3 masalah utama yang di hadapi oleh pelanggan. Yang pertama adalah jerawat ni gatal. jerawat buatkan kita asyik menggaru muka dan selalu rasa gatal-gatal bila berada di kawasan yang berhabuk dan kawasan yang panas. Masalah kedua adalah masalah kecantikan, kita inginkan wajah yang cantik walaupun lelaki. Masalah ke tiga pula adalah kesan daripada masalah kedua iaitu masalah keyakinan diri. secara fitrah kita akan rasa lebih malu bila berhadapan dengan kawan yang lebih baik, lebih cantik dan lebih bersih daripada kita.

    Sebab itulah produk-produk kecantikan terutamanya produk jerawat sangat banyak di pasaran. Ramai orang yang sudah mencuba pelbagai produk, hakikatnya keputusannya masih sama, masih ada jerawat. kadang-kadang ada produk yang berkesan tapi apabila kita berhenti guna, jerawat naik semula. Sepanjang saya bekam, jerawat sering di kaitkan dengan darah kotor, darah bekam jerawat lebih banyak berbanding darah bekam penyakit lain. Ini membuktikan masalah utama jerawat adalah daripada darah kotor. Jika darah kotor itu tidak di keluarkan jerawat di wajah kita semakin merebak dan lama-kelamaan akan mengganggu aktiviti harian kita

    TEMPOH KESAN BEKAM HILANG

    Darah ditempat jerawat penuh satu cawan, ada sesetengah pelanggan saya lebih satu cawan, saya terpaksa tanggalkan cawan bekam dan sedut kali kedua. Cuma masalah pelanggan adalah mereka malu sebab bekam akan meninggalkan kesan lebam. bab ini memang tidak boleh nak elakkan, tapi insyaallah jika kita boleh bertahan selama 7 hari tiada masalah sebab kesan lebam ini akan hilang selepas 7 hari. Muka kita pun akan kembali bersih dan cantik seperti orang lain. keyakinan kita pun akan bertambah lepas jerawat dah hilang

    TESTIMONI

    Anda boleh baca testimoni daripada pelanggan Aydeen Bekam, alhamdulillah semua feedback yang dapat memuaskan dan nampak perubahan. Jika anda berminat untuk bekam jerawat boleh lah hubungi Aydeen Bekam untuk temujanji

     

  • Antara Bekam Dan Urut, Yang Mana Yang Lebih Baik?

    Bekam ada banyak jenis, urut juga ada banyak jenis, untuk topik kali ini saya membuat perbandingan bekam darah dan urutan tradisional, untuk memudahkan membaca saya buat table terus

     

    BEKAM URUT
    KELEBIHAN Bekam mengeluarkan darah kotor dalam badan, selain itu ia juga melonggarkan otot-otot yang tegang di badan kita.

    Bagi penyakit yang melibatkan darah, mereka sangat sesuai untuk berbekam seperti masalah jerawat, masalah bisul, masalah gout dll

    Urut juga melonggarkan otot badan kita yang tegang dan lenguh
    TEMPAT RAWATAN Bekam memerlukan tempat yang bersih kerana ia melibatkan darah Urut boleh di lakukan di mana-mana, kaki lime pun boleh
    KEKERAPAN Di sebabkan rawatan bekam adalah dengan cara cucuk jarum/pisau di badan, ia akan meninggalkan kesan luka, oleh itu tempoh rawatan bekam tidak boleh di buat selalu.

    Paling kerap 2 minggu atau sebulan/sekali kerana kita perlu membiarkan luka tersebut sembuh sepenuhnya
    Tapi kalau waktu pagi bekam badan, petang pula nak bekam kaki, itu tiada masalah

    Tiada minimum masa, minimum 3 hari boleh urut sebab lepas urut, ia akan membuatkan urat kita sedikit bengkas, berikan sedikit masa untuk urat tersebut recover
    KESAN LEPAS BEKAM Selepas bekam badan akan rasa segar walaupun sebelum bekam badan kita rasa lesu, sebab bekam telah melonggarkan otot badan, membuang darah kotor dan toksin. Ada sesetengah orang akan rasa mengantuk dan letih mungkin disebabkan faktor tidak biasa dengan bekam Kesan urut juga sama seperti bekam, badan akan rasa selesa dan segar
    HARGA Setiap tempat berbeza harganya, yang pasti harga bekam lebih mahal daripada urut Urut lebih murah berbanding bekam

     

    Sebagai perawat bekam, saya lebih suka kita mencuba rawatan-rawatan ini, dengan mencuba kita sendiri boleh rasai perbezaan setiap rawatan. setiap tubuh manusia berbeza kekuatan, lifestyle, pemakanan dll, ada orang yang sesuai dengan urut ada yang sesuai dengan bekam, tiada satu jawapan untuk semua. Semoga info ini berguna kepada anda, SHARE kepada kawan-kawan anda jika info ni membantu anda

     

  • INILAH KELEBIHAN BEKAM YANG PERLU ANDA TAHU..

    Beberapa bulan yang lepas, seorang ahli keluarga saya (sepupu) sering mengadu sakit kepala dan sakit di bahagian muka iaitu di pelipis dan pipi. Sakit yang dirasakan berdenyut-denyut dan kadang kala membuat hidung beliau tersumbat hinggakan mengganggu aktiviti seharian beliau. Selepas pemeriksaan di sebuah klinik, doktor menjelaskan yang beliau mengalami masalah resdung dan mencadangkan rawatan secara pengambilan ubat-ubatan terdiri dari antibiotic, ubat alahan serta pengambilan nasal spray.

    Setelah mengambil ubat-ubatan selama 2 bulan akhirnya sepupu saya ingin mencuba kaedah bekam sepertimana yang disarankan oleh seorang pengamal perubatan tradisional. Pada mulanya kami berdua agak skeptical memandangkan pandangan peribadi seorang doktor yang kami kenali tidak begitu menggalakkan prosedur ini dilakukan kerana menurut doktor tersebut belum ada bukti yang jelas penyakit resdung boleh diubati dengan berbekam.

    Namun begitu, sepupu saya tetap meneruskan hasrat beliau dan setakat ini, beliau telah melalui 4 kali rawatan dan secara zahirnya memang terdapat perubahan di mana kekerapan sakit kepala semakin berkurangan dan jerawat batu di muka juga semakin tiada. Beliau juga dapat bernafas lebih selesa dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.

    Adakah bekam benar-benar membantu di dalam proses penyembuhan ini atau pun ianya hanyalah satu kaedah perubatan tradisional yang mengandungi amalan serta pantang larang yang bertindak mengurangkan kesan penyakit? Mari kita kenali apa itu BEKAM.

    Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

    Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

    Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.

    FAEDAH BERBEKAM

    • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
    • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
    • Membantu memecahkan lemak.
    • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
    • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
    • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
    • Menghilangkan jerawat
    • Menurunkan tekanan darah tinggi
    • Mengurangkan kolestrol
    • Membantu menyembuhkan resdung dan selsema
    • Menyembuhkkan daripada demam

     

    Kredit @Institut Sukan Negara

    Untuk mengenali Aydeen Bekam dengan lebih dekat boleh klik di sini KENALI AYDEEN BEKAM

     

     

  • HILANGKAN JERAWAT DI MUKA ANDA DENGAN BERBEKAM

     

     

    Banyak faktor yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Antaranya disebabkan oleh pencemaran udara dan air, keletihan atau tekanan hidup.  Ini menjadikan seseorang akan hilang keyakinan diri, termasuk juga potensi di pandang negatif oleh insan sekeliling.  Rawatan bekam wajah dapat mengatasi masalah kuit seper ini. Ianya semakin dikenali dan menjadi pilihan masyarakat masa kini kerana keberkesanannya yang terbukti memuaskan hati pengguna.

    Rawatan bekam wajah telah banyak membantu mereka yang menghadapi masalah kulit, seperti jerawat, redung dan kulit kusam.  Secara tak langsung rawatan ini menaikkan seri wajah kerana menghasilkan kulit yang bersih dan berseri, unsur-unsur gaguan juga turut keluar dari tubuh melalui pengeluaran darah kotor.  Bakal pengantin digalakkan mendapat rawatan bekam wajah agar kulit bersih berseri.

    Tabiat makan berlebihan, pilihan makanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak, makanan ringan, makanan yang dicampurkan bahan pengawet  menyebabkan risiko pengumpulan toksin yang mengakibatkan kulit berminyak, berjerawat dan resdung.

    Pelanggan digalakkan menjalani rawatan bekam pada hari cuti hujung minggu atau cuti panjang.  Ini disebabkan kesan bekam di bahagian muka mengambil masa untuk pulih. Kesannya berbeza-beza bagi setiap individu. Ianya mengikut faktor usia dan juga tahap kesihatan individu. Biasanya mengambil masa 2 hingga 5 hari. Namun ada juga yang mencapai sehingga tujuh hari atau lebih. Pelanggan akan diberi khidmat rundingan  dan nasihat agar tidak mengambil makan yang mengandungi minyak, santan, makanan laut, ayam, daging serta minuman berkafein untuk mendapat hasil rawatan yang optimum dan lebih berkesan.

    Rawatan bekam wajah ini menggunakan kaedah bekam darah.  Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan.  Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 30 mnit sehingga satu jam

     

    Selamat Mencuba.

    Rawatan Bekam adalah Sunnah

    Dalam Sunnah ada Kebaikan.

  • BEKAM KEPALA ANDA TANPA CUKUR

     

    Sebenarnya ramai yang minta saya belikan mesin bekam ini, maklumlah seumur hidup tak pernah lagi botakkan kepala. Malulah nanti kena bahan dengan kawan-kawan sebab botak.

    Selama 4 tahun saya buat bekam mobile, disebabkan alat-alat bekam saya terlalu banyak dan berat buatkan saya tidak boleh bawa mesin bekam ini kemana-mana. Awal tahun 2018 saya dah stop buat bekam mobile dan fokus kepada pelanggan datang ke tempat saya je

    Inilah masa yang sesuai jika anda teringin sangat nak bekam di kepala tanpa perlu cukur. Kesan bekam pun tak nampak.

     

    BEKAM DI KEPALA UNTUK PENYAKIT APE..

    1. Bekam ni boleh hilangkan jerawat kat kepala

    Point bekam di kepala sangat bagus untuk menghilangkan jerawat, kalau cara dulu, kita kena cukur rambut untuk bekam kepala, dengan bantuan mesin ini dah tak perlu cukur lagi. jerawat pun boleh hilang

    #2. Sakit kepala & migrain pun boleh hilang

    Sakit kepala & migrain antara penyakit yang kerap berlaku pada kita. Banyak faktor yang buatkan sakit kepala. Antara faktornya adalah kurang tidur & lebih tidur. Orang yang menghidapi darah tinggi juga kerap sakit kepala. Sesuai sangat la bekam supaya keluarkan darah kotor tang selalu menggangu kita

    #3. Hilangkan resdung

    Hidung berair adalah punca kita menghidapi resdung. Bezanya adalah teruk ataupun tidak. Point yang paling baik bekam resdung adalah muka dan kepala tapi kalau muka nanti nampak kesannya. Buat kepala pun boleh, kalau tak kisah malu buat la muka sekali. 7 hari je kesannya

    #4. Bekam kepala pun boleh kurangkan masalah kita yang tengah serabut

    Al maklumlah seharian kita berkerja, semua kerja guna otak, lama-lama otak jadi stress & berat, sebab itulah kita cepat penat kalau banyak fikir. Last sekali kita lebih suka tidur daripada buat keje ataupun selalu tertido semasa bekerja

     

    Lepas ni dah tiada alasan lagi kalau sakit kepala dan migrain kan