Category: hilangkan jerawat

  • Akhirnya, Pusat Terapi Aydeen Bekam Berpindah ke Kedai

    AKHIRNYA, PUSAT RAWATAN AYDEEN BEKAM DI BUKA

    Alhamdulillah setelah 5 tahun bergiat aktif dalam rawatan bekam, akhirnya Allah kurniakan keberanian untuk buka sebuah pusat rawatan bekam

     

    2014 – 2015

    • Bekam ke rumah pelanggan separuh masa

    2015 – 2017

    • Bekamke rumah pelanggan sepenuh masa

    Jan 2018 – May 2019

    • Rawatan bekam di rumah sahaja, di Taman Setia Tropika

    Jun 2019 – Sekarang

    Pusat rawatan bekam di Taman Adda Heights, johor

    ALAMAT KEDAI

    No 26-01, Jalan Adda 3/3,
    Taman Adda Height,
    81100 Johor Bahru
    Johor

     

    Semakin lama bergiat aktif dalam rawatan bekam, semakin banyak pengalaman dan penyakit yang ditemui. yang pastinya semakin lama, keselamatan dan keselesaan pelanggan sentiasa di utamakan. Alhamdulillah dengan rasminya tanggal 10 jun 2019, Kedai Rawatan Aydeen Bekam mula beroperasi dengan beberapa fasiliti tambahan.

    1. Ruang menunggu yang lebih luas dan selesa

    2. Bilik rawatan yang besar, ber aircond dan privacy untuk lelaki dan wanita

    3. Ruangan surau dan tandas yang lebih selesa

     

    Terima kasih kerana sentiasa memilih Aydeen Bekam sebagai pusat bekam no 1 anda

  • Nak Kenal Pusat Rawatan Aydeen Bekam?

    Tulisan ini Sangat Panjang tapi Berbaloi untuk di baca
    
    Jika Anda Ingin Terus Dapatkan Harga & No Telefon
    
    Anda Boleh Terus SKIP Ke Bawah
    
    *PERAWAT LELAKI & WANITA DI SEDIAKAN

     

    Latar Belakang Aydeen Bekam

    Aydeen Bekam di tubuhkan pada tahun 2014, 4 tahun pertama Aydeen Bekam fokus kepada rawatan rumah ke rumah(mobile). Bermula tahun 2018, Aydeen Bekam telah fokus kepada pusat sendiri 4 tahun pertama, Aydeen Bekam telah bekam melebihi 4,000 orang. Bermacam-macam penyakit yang telah dibekam, samada penyakit biasa mahupun kronik. Untuk ketahui kelebihan berbekam, boleh klik kelebihan bekam

    Pengurusan Tisu dan Darah Bekam

    Dari segi pengurusan sisa tisu darah bekam, Aydeen Bekam tidak buang sembarangan kerana darah kotor adalah sesuatu yang sensitif, semua tisu darah ini di uruskan oleh syarikat Syarikat Kualiti Alam, CENVIRO untuk di lupuskan dengan cara klinikal, untuk pengetahuan anda, syarikat ini jugalah  yang ambil semua kain-kain darah di hospital kerajaan untuk dilupuskan, senang cerita kaedah ini adalah cara yang tepat untuk melupuskan sisa klinikal.

    Jarum Bekam Di Buang Selepas Digunakan

    Jarum yang di gunakan pula akan diganti setiap kali bekam, jadi anda tidak perlu risau tentang jangkitan penyakit kerana setiap orang akan menggunakan jarum yang berlainan dan jarum tersebut juga akan hantar ke Syarikat Kualiti Alam bersama tisu bekam untuk dilupuskan.

    Kualiti Dan Jaminan Daripada KKM

    Aydeen Bekam telah mendapat lesen premis dari MBJB. Antara syarat ketat yang perlu di patuhi adalah “tidak boleh menggunakan segala produk kesihatan sembarangan” dan setiap produk WAJIB berdaftar dengan KKM. Wakil KKM akan sentiasa membuat lawatan ke kedai untuk memastikan kami sentiasa patuh kepada undang-undang. Antara produk yang digunakan kami adalah minyak urut dan losyen untuk bekam di kepala

    Jadi di sini, anda tidak perlu risau tentang segala produk, jarum dan cara pelupusan darah bekam kerana semuanya di pantau oleh wakil KKM

    Kebaikan Berbekam

    Walaupun rawatan bekam sudah dikenali ramai, hakikatnya masih ramai yang belum mengetahui kebaikan berbekam, kebanyakkan dari kita hanya tahu bekam akan keluarkan darah kotor tetapi kita tidak tahu kaitan darah kotor dan penyakit dalam badan kita

    Sakit badan, Jerawat & Pening Kepala

    Setelah membekam lebih 4000 pelanggan, saya lebih suka fokuskan kepada 3 penyakit ini kerana 90% pelanggan saya datang berbekam kerana 3 masalah ini. Masalah sakit badan, jerawat dan pening kepala. Jika anda mempunyai salah satu ataupun semua masalah diatas, anda tergolong dalam 90% pelanggan saya.

    Ini kelebihan bekam yang lain

    1. Bekam adalah sunnah rasulllah saw, tiada satu perkara yang di lakukan oleh rasulullah tanpa sebab dan sia-sia
    2. Bekan akan membuang darah kotor dalam badan kita, samada darah kotor yang berkumpul ataupun darah kotor daripada penyakit kita
    3. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan bacaan kolestrol
    4. Menghilangkan sakit di bahagian tengkuk, bahu dan pinggang
    5. Menghilangkan jerawat di wajah kita, samada jerawat pasir mahupun jerawat batu yang besar-besar
    6. Menghilangkan rasa malas sebab rasa malas datangnya daripada badan yang lemah dan lesu
    7. Menyembuhkan alergik, samada di badan, tangan dan bahagian lain

    Sijil Bekam Bertauliah

    Ini adalah sijil bekam kali ke 2, sebelum ini Aydeen Bekam belajar bekam di HPA pada tahun 2013, Kali ini Aydeen Bekam datang semula untuk refresh ilmu bekam pada tahun 2016, sebab tu Aydeen Bekam mula tahun 2014, tarikh siji bekam tahun 2016.

    Tempat Rawatan di Aydeen Bekam, Bersih dan Selesa..

    Gambar tempat rawatan.. selesa kan

       

    Ini SOP Cara Membersihkan Alat Bekam

    Perkara paling orang takut adalah jangkitan kuman disebabkan proses membersihkan alat bekam tidak terjamin, oleh itu Aydeen Bekam berikan SOP cara bersihkan alat bekam supaya anda tidak ragu-ragu tentang kebersihan rawatan di Aydeen Bekam

    1. Selepas bekam, semua cawan bekam akan DIRENDAM dalam air sabun minimum 8 jam untuk pastikan semua darah bekam tertanggal daripada cawan
    2. Selepas 8 jam, semua cawan ini akan DIPERIKSA semula untuk kali ke-2 untuk pastikan tiada darah pada cawan yang tertinggal, jika ada, cawan itu akan di rendam semula sehingga tiada darah pada cawan
    3. Kesemua cawan yang sudah bersih akan DIREBUS dengan air panas mendidih untuk membunuh semua kuman-kuman yang tidak kelihatan
    4. Kemudian, semua cawan itu DISUSUN di dalam bekas dan di biarkan sehingga kering sebelum digunakan untuk berbekam
    5. Ada 2 kaedah strelizer yang dibenarkan oleh KKM, yang pertama adalah menggunakan mesin UV sterilizer dan kaedah ke-dua adalah dengan cara rebus dan rendam semua alat bekam kedalam air panas mendidih

    Review dan Testimoni Daripada Pelanggan Aydeen Bekam

       

    Ini adalah sebahagian daripada feedback pelanggan terhadap Aydeen Bekam, beratus feedback yang baik telah mereka berikan, untuk lihat lebih banyak boleh klik disini

    Gambar-Gambar Pelanggan dan Tetamu

     

    Lihatlah wajah-wajah happy mereka lepas bekam, sebahagian besar daripada mereka telah ulang banyak kali di Aydeen Bekam

    Ini Adalah Senarai Pakej di Aydeen Bekam

     

    Dapatkan 3 cop untuk FREE 1 kali rawatan. anda boleh berkongsi kad ini dengan isteri, kawan dan ahli keluarga. datang  4 orang terus pun boleh

     

    Waktu Operasi

    10 pagi – 10 malam (Isnin – Ahad)

    Alamat Kedai

    No 26-01, Jalan Adda 3/3

    Taman Adda Height

    81100 Johor Bahru

    Johor

    Hubungi Kami (Telefon & Whatapps)

    Tel: 011 5693 2355 (klik terus disini untuk whatapp Aydeen Bekam)

    Media sosial

  • Cara Sembuhkan Masalah Resdung Anda Dengan Bekam

    TANDA-TANDA ANDA ADA MASALAH RESDUNG

    Tanda anda mengalami masalah resdung adalah

    1. Anda kerap bersin
    2. Hidung pula selalu berair dan
    3. Hidung tersumbat
    4. Bahagian muka, pipi dan hidung selalu gatal
    5. Kerap sakit kepala
    6. Mengalami masalah jerawat di muka, kepala atau belakang badan

    CARA RAWATAN DAN POINT UNTUK MASALAH RESDUNG

    • Bekam di bahagian muka tapi anda kena kuat sebab bekam akan meninggalkan kesan lebam, anggaran dalam satu hingga 10 hari, bergantung kepada kesan lebam tersebut

    • Bekam di bahagian kepala yang selalu mengalami sakit kepala dan jerawat

    • Bekam di depan dan belakang badan dimana tempat yang selalu naik jerawat, jika tiada jerawat tak perlu bekam di bahagian badan

     

     

     

     

  • HILANGKAN JERAWAT DI MUKA ANDA DENGAN BERBEKAM

     

     

    Banyak faktor yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Antaranya disebabkan oleh pencemaran udara dan air, keletihan atau tekanan hidup.  Ini menjadikan seseorang akan hilang keyakinan diri, termasuk juga potensi di pandang negatif oleh insan sekeliling.  Rawatan bekam wajah dapat mengatasi masalah kuit seper ini. Ianya semakin dikenali dan menjadi pilihan masyarakat masa kini kerana keberkesanannya yang terbukti memuaskan hati pengguna.

    Rawatan bekam wajah telah banyak membantu mereka yang menghadapi masalah kulit, seperti jerawat, redung dan kulit kusam.  Secara tak langsung rawatan ini menaikkan seri wajah kerana menghasilkan kulit yang bersih dan berseri, unsur-unsur gaguan juga turut keluar dari tubuh melalui pengeluaran darah kotor.  Bakal pengantin digalakkan mendapat rawatan bekam wajah agar kulit bersih berseri.

    Tabiat makan berlebihan, pilihan makanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak, makanan ringan, makanan yang dicampurkan bahan pengawet  menyebabkan risiko pengumpulan toksin yang mengakibatkan kulit berminyak, berjerawat dan resdung.

    Pelanggan digalakkan menjalani rawatan bekam pada hari cuti hujung minggu atau cuti panjang.  Ini disebabkan kesan bekam di bahagian muka mengambil masa untuk pulih. Kesannya berbeza-beza bagi setiap individu. Ianya mengikut faktor usia dan juga tahap kesihatan individu. Biasanya mengambil masa 2 hingga 5 hari. Namun ada juga yang mencapai sehingga tujuh hari atau lebih. Pelanggan akan diberi khidmat rundingan  dan nasihat agar tidak mengambil makan yang mengandungi minyak, santan, makanan laut, ayam, daging serta minuman berkafein untuk mendapat hasil rawatan yang optimum dan lebih berkesan.

    Rawatan bekam wajah ini menggunakan kaedah bekam darah.  Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan.  Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 30 mnit sehingga satu jam

     

    Selamat Mencuba.

    Rawatan Bekam adalah Sunnah

    Dalam Sunnah ada Kebaikan.

  • BEKAM KEPALA ANDA TANPA CUKUR

     

    Sebenarnya ramai yang minta saya belikan mesin bekam ini, maklumlah seumur hidup tak pernah lagi botakkan kepala. Malulah nanti kena bahan dengan kawan-kawan sebab botak.

    Selama 4 tahun saya buat bekam mobile, disebabkan alat-alat bekam saya terlalu banyak dan berat buatkan saya tidak boleh bawa mesin bekam ini kemana-mana. Awal tahun 2018 saya dah stop buat bekam mobile dan fokus kepada pelanggan datang ke tempat saya je

    Inilah masa yang sesuai jika anda teringin sangat nak bekam di kepala tanpa perlu cukur. Kesan bekam pun tak nampak.

     

    BEKAM DI KEPALA UNTUK PENYAKIT APE..

    1. Bekam ni boleh hilangkan jerawat kat kepala

    Point bekam di kepala sangat bagus untuk menghilangkan jerawat, kalau cara dulu, kita kena cukur rambut untuk bekam kepala, dengan bantuan mesin ini dah tak perlu cukur lagi. jerawat pun boleh hilang

    #2. Sakit kepala & migrain pun boleh hilang

    Sakit kepala & migrain antara penyakit yang kerap berlaku pada kita. Banyak faktor yang buatkan sakit kepala. Antara faktornya adalah kurang tidur & lebih tidur. Orang yang menghidapi darah tinggi juga kerap sakit kepala. Sesuai sangat la bekam supaya keluarkan darah kotor tang selalu menggangu kita

    #3. Hilangkan resdung

    Hidung berair adalah punca kita menghidapi resdung. Bezanya adalah teruk ataupun tidak. Point yang paling baik bekam resdung adalah muka dan kepala tapi kalau muka nanti nampak kesannya. Buat kepala pun boleh, kalau tak kisah malu buat la muka sekali. 7 hari je kesannya

    #4. Bekam kepala pun boleh kurangkan masalah kita yang tengah serabut

    Al maklumlah seharian kita berkerja, semua kerja guna otak, lama-lama otak jadi stress & berat, sebab itulah kita cepat penat kalau banyak fikir. Last sekali kita lebih suka tidur daripada buat keje ataupun selalu tertido semasa bekerja

     

    Lepas ni dah tiada alasan lagi kalau sakit kepala dan migrain kan