PENING DENGAN MASALAH “JERAWAT”, INI CARA YANG PALING MUDAH

TAHUKAH anda, antara punca utama masalah jerawat adalah daripada darah kotor, jerawat ni ada bermacam-macam jenis. ada jerawat pasir dan ada jerawat batu

Jerawat pasir

Jerawat pasir halus tapi banyak macam pasir di pantai. Jerawat batu pula besar dan timbul seperti bentuk batu. untuk menghilangkan jerawat pasir mudah je, bekam di tempat tersebut, kita semua akan nampak, darah akan keluar dengan banyak di situ

Jerawat Batu

Untuk masalah jerawat batu pula berbeza, ini beberapa kemungkinan punca jerawat batu

  1. Berpunca daripada darah kotor di tempat jerawat
  2. Kita menghadapi masalah kulit, seeloknya jumpa pakar kulit, doktor biasa pun belum tentu boleh bagi penyelesaian
  3. Anda mengalami alergi, seeloknya anda lebih berhati-hati dalam pemilihan pemakanan
  4. Masalah persekiran tempat tinggal dan tempat kerja yang kotor dan berhabuk

Bekam jerawat ada macam-macam nama seperti bekam seri wajah, bekam jerawat, bekam awet muda dan lain-lain. hakikatnya teknik dan point bekam adalah sama, bekam di tempat yang ada jerawat dan pecahkan jerawat tersebut hingga keluar “nasi” putih jerawat.

Jika anda mengunjungi mana-mana pusat bekam, pastikan mereka bekam hingga jerawat tersebut keluar nasi.

Masalah paling besar adalah kesan bekam tersebut. anggaran kesan bekam tersebut hilang dalam masa satu hari hingga 10 hari, bergantung kepada tindakbalas kulit kita dengan bekam

Mesti sakitkan bekam kat tempat jerawat?

Memang tidak di nafikan bekam di tempat jerawat agak sakit berbanding bekam di badan. Lebih baik menahan sakit 30 minit daripada kita menanggung sakit bertahun-tahun. Masalah jerawat tidak semestinya masalah kesihatan, masalah jerawat adalah masalah kebersihan dan keyakinan diri. Mungkin tempat kerja dan tempat tinggal kita berhabuk dan kotor buatkan jerawat mudah membiak. Bila muka dah banyak jerawat, kita pun akan rasa malu nak jumpa orang lain

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.