“Bekam Jerawat: Alternatif Semulajadi untuk Merawat Kulit Bermasalah”

 

Bekam wajah atau bekam untuk jerawat adalah satu kaedah rawatan tradisional yang dipercayai dapat membantu mengurangkan masalah jerawat dengan meningkatkan aliran darah serta membantu proses detoksifikasi kulit. Berikut adalah beberapa cara bagaimana bekam boleh membantu mengurangkan jerawat:

Apakah kelebihan bekam wajah?

1. Meningkatkan Peredaran Darah

  • Bekam berfungsi dengan cara menarik sedutan pada kulit, yang merangsang aliran darah ke kawasan berjerawat. Ini membantu membekalkan lebih banyak oksigen dan nutrien kepada kulit, sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.
  • Aliran darah yang baik juga membantu membuang toksin dan bahan buangan yang terkumpul di bawah kulit, yang sering menjadi punca utama jerawat.

2. Mengurangkan Tekanan

  • Tekanan adalah salah satu faktor yang boleh buatkan jerawat semakin merebak. Bekam membantu mengurangkan tekanan dengan memberikan kesan relaksasi pada badan, yang secara tidak langsung boleh mengurangkan jerawat yang disebabkan oleh tekanan.

Berapa lama kesan bekam di wajah?

Kesan lebam atau tanda bulat yang ditinggalkan oleh bekam biasanya akan hilang dalam 5 hingga 10 hari. Namun, tempoh ini boleh berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, seperti:

  1. Jenis Kulit: Orang yang mempunyai kulit sensitif mungkin mendapati kesan lebam mengambil masa lebih lama untuk pulih, manakala bagi sesetengah individu, tanda boleh hilang lebih cepat.

  2. Teknik dan Kekuatan Bekam: Semakin kuat sedutan yang digunakan semasa bekam, semakin besar kemungkinan kesan lebam akan kelihatan lebih ketara dan memerlukan lebih masa untuk hilang. Bekam kering (tanpa luka) biasanya meninggalkan lebam yang lebih ketara berbanding bekam basah.

  3. Lokasi Bekam: Bahagian tubuh yang lebih lembut, seperti muka, mungkin sembuh lebih cepat berbanding kawasan yang lebih tebal seperti belakang badan.

  4. Peredaran Darah: Individu dengan peredaran darah yang baik cenderung untuk sembuh lebih cepat kerana aliran darah membantu mempercepatkan pemulihan.

Adakah bekam berkesan hilangkan jerawat di muka?

  • Walaupun ramai yang mendakwa ia boleh membantu mengurangkan jerawat, kesannya mungkin berbeza-beza bergantung kepada individu dan keadaan jerawat masing-masing
  • Kebiasaanya jika jerawat itu sekadar jerawat halus dan banyak, kebarangkalian untuk sembuh sangat tinggi 
  • Jika jerawat itu besar seperti batu, ia memerlukan 3 hingga 5 kali rawatan untuk memastikan jerawat batu itu sembuh sepenuhnya

Untuk sebarang soalan atau temujanji boleh tekan disini “Hubungi Kami”

Leave a Reply

Your email address will not be published.